Tuesday 8 March 2011

....prince charming....

........tba2 mlm ni trngat novel prince charming la plak.........

PROLOG.....

PRINCE CHARMING! Menurut fakta, Prince Charming adalah watak yang lahir dalam cerita legenda atau hikayat-hikayat zaman dahulukala. Contohnya seperti hikayat Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty dan sebagainya. Itu adalah salah satu contoh hikayat dongeng dari negara Barat yang telah menarik minat kanak-kanak membaca dan hikayat-hikayat tersebut masih lagi segar diperkatakan sehingga ke hari ini. Hikayat-hikayat Melayu juga tidak ketinggalan memperlihatkan watak Prince Charming sebagai watak utama. Prince Charming dan hikayat memang tidak boleh dipisahkan.
Putera Idaman. Pada zaman sekarang, bukan hanya putera sahaja yang boleh dinobatkan sebagai putera idaman. Putera Idaman juga bukan mesti seseorang lelaki yang berketurunan diraja. Namun begitu, masyarakat zaman sekarang lebih suka mentabalkan seseorang yang kacak, kaya, bijak, bergaya dan sempurna sebagai Putera Idaman atau Prince Charming. Lelaki daripada golongan inilah yang selalu menjadi rebutan gadis-gadis zaman sekarang.
Rupa dan kekayaan sering menjadi ukuran bagi seseorang gadis mencari putera idaman mereka. Walaupun mereka menafikan sekeras-kerasnya, tapi dalam diam mereka juga menyimpan keinginan itu. Namun, mereka lupa tentang sesuatu. Sesuatu yang mengaburi mata mereka semua.
Manusia. Prince Charming atau Putera Idaman adalah manusia. Mereka bukan malaikat. Mereka juga bukan Tuhan yang mencipta alam ini. Mereka hanyalah manusia
biasa ciptaan Tuhan. Cuma yang bezanya adalah watak mereka dalam dunia ini. Mereka cuma kacak, berduit, bergaya dan bijak. Tapi, adakah mereka ini benar-benar dikategorikan sebagai Prince Charming?
Mungkin ramai antara kita tidak menyedari hakikat ini kerana kita semua telah disogok dengan cerita-cerita dongeng yang memperlihatkan putera raja atau lelaki idaman sebagai seorang yang sempurna. Hanya lelaki daripada golongan itu sahaja yang layak diberi gelaran Prince Charming.
Tahukah anda, bahawa tidak semua lelaki yang bijak, kaya, berpelajaran tinggi dan berkerjaya itu dianggap Prince Charming? Dan, tahukah anda juga seseorang lelaki itu boleh ditabalkan sebagai Prince Charming biarpun dia tidak memiliki syarat-syarat Prince Charming?
Ramai yang tidak menyedarinya…


Ratu Bulan....Fajar Paker....

No comments:

Post a Comment